Saturday, August 8, 2009

SEDIKIT BUAT RENUNGAN



Aku bukanlah siapa-siapa

Tak ada raja yang mengenalku

Tak pula rakyat jelata menghormatiku


Aku hanyalah makhluk hina

Terasing dan terbuang


Tak seorang mencintaiku

Semua manusia tak ku hiraukan


Tak ada yang menghendaki diriku

Tak pula yang merinduku


Dalam kesendirian dan keterasingan ku tersedar

Ada yang tengah memperhatikan

bahkan merindukanku


Dia selalu menghendaki kehadiranku

bahkan ketika aku mengabaikan keberadaannya


Dia terlalu mulia untuk ku harapkan

Namun sekarang aku percaya

Dia memang merindukanku


Hanya dia yang menghendaki hadirku

Hanya dia yang slalu sabar

atas segala jahilku


Dalam setiap alpaku

Hanya dia yang selalu merindukanku.....



Masih Wujudkah Budi Bahasa????


Budi bahasa ini berkaitan dengan kesantunan berbahasa juga.




Kesantunan berbahasa ialah lambang kekuatan jati diri bangsa dan negara. Ia juga dapat membentuk masyarakat yang lebih berbudi bahasa ( menurut pandangan Azizah Ahmad).


Namun di sini persoalannya...masih wujud ke budi bahasa dalam kalangan masyarakat di Malaysia ini....
Kebanyakkan masyarakat sekarang...sudah hilang jati diri mereka sendiri...bahasa yang digunakan tidak lagi melambangkan budaya masyarakat melayu...yang dianggap lembut, halus dan bersopan santun, tetapi sekarang....
Dimanakah?????.....Hilangnya..........
Betul satu makalah yang di tulis oleh S. Nathesan bahawa Kesantunan Berbahasa Semakin Terhakis......Menurut S. Nathesan (2005)kesantunan berbahasa kini dikatakan semakin terhakis. Selain penggunaan kata bahasa Inggeris I dan you dalam perbualan, masyarakat sekarang tidak lagi dapat menggunakan kata sapaan berbahasa Melayu dengan tepat.








Wednesday, August 5, 2009

RISALAH>>>>

Kerajaan Perlu tegas tangani isu Bahasa rojak

Kuala Lumpur 28 April ? Kerajaan perlu bertegas dalam menangani isu bahasa rojak jika mahu kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dikekalkan.Tokoh akademik dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpendapat, jika tidak dikawal semangat slogan `Bahasa Jiwa Bangsa? akan luntur khususnya di kalangan generasi akan datang.Mereka bimbang, memandangkan penggunaan bahasa rojak digunakan secara meluas termasuk di media elektronik.Sehubungan itu, mereka mencadangkan badan pemantau bahasa ditubuhkan atau memberi kuasa kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bertindak mengikut undang-undang jika terdapat mana-mana pihak menggunakan bahasa rojak secara formal.Pensyarah di Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putera Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Musa Abu Hassan menegaskan semua pihak mesti bekerjasama dalam usaha menghapuskan penggunaan bahasa rojak terutamanya di media dan majlis rasmi kerajaan.?Bahasa Inggeris berjaya dimartabatkan oleh British tanpa ada campuran atau dirojakkan, jadi kita mesti menunjukkan bahasa Melayu yang sebenar dalam urusan kita.?Jangan dicampuradukkan, jika ingin menggunakan bahasa Melayu, gunakan sepenuhnya begitu juga bahasa Inggeris. Bahasa yang rosak mencerminkan bangsa yang rosak,? katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim semalam bahasa penggunaan bahasa Melayu kini semakin luntur disebabkan sikap tidak peka masyarakat yang merosakkannya dengan menggunakan bahasa rojak.Lebih teruk, katanya, golongan itu tidak sedar mengenai kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang dilindungi di bawah Perlembagaan Negara.Isu bahasa rojak kembali mendapat perhatian umum ekoran pengharaman lagu seperti Seksis dan Diva nyanyian Anita Sarawak dan Tipah Tertipu nyanyian Ruffedge oleh Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) kerana mempunyai unsur bahasa rojak.Pakar bahasa dan linguistik Melayu, Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim berkata, badan khas tersebut sangat penting sebelum masalah bahasa Melayu semakin rumit dan sukar untuk di atasi terutamanya di sektor swasta.Katanya, badan tersebut perlu dianggotai oleh ahli-ahli bahasa, pegawai-pegawai DBP dan wakil-wakil daripada Kementerian Penerangan.?Tidak semestinya badan khas itu dibuat secara formal, tapi yang penting ada jawatankuasa khas yang bertindak sebagai pemantau masalah bahasa dan pelaksanaannya di Malaysia,? katanya.Pensyarah di Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM, Dr. Siti Zobidah Omar berkata, penggunaan bahasa rojak boleh mempengaruhi penulisan individu tanpa disedari.Katanya, penggunaan bahasa rojak untuk komunikasi seharian juga boleh menghadkan perbendaharaan kata sedangkan bahasa Melayu kaya dengan unsur tersebut.Setiausaha Agung Gabungan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Prof Madya Zainal Abidin Borhan berkata, kerajaan perlu membuat pindaan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967.?Rujukan untuk pindaan boleh dibuat kepada badan khas bahasa atau menjadikan badan-badan penulis atau DBP sebagai konsultan supaya akta itu mempunyai bidang kuasa yang lebih luas.?Ini kerana akta itu tidak mempunyai peruntukan penguatkuasaan dan perlu ada pindaan dengan bantuan badan khas supaya DBP misalnya, diberi kuasa penguatkuasaan bahasa yang terkandung dalam akta tersebut,? katanya.Presiden Persatuan Linguistik Malaysia, Dr. Awang Sariyan berkata, sudah tiba masa kerajaan memberi peluang lebih besar kepada ahli-ahli bahasa dan akademik membuat keputusan dalam isu bahasa.?Terserah kepada kerajaan untuk memberi peluang yang bagaimana, kepada ahli-ahli akademik tetapi saya rasa penyelesaian isu bahasa rojak perlu melibatkan golongan ini.?Kami boleh menjadi penasihat kepada kerajaan menerusi kepakaran yang ada sebab penyelesaian masalah bahasa sedikit sebanyak memerlukan orang-orang bahasa,? katanya.
(Sumber : Berita Harian (29/04/2004) )

Dikemaskini pada 26 Dis 2008

Tuesday, August 4, 2009

PERINGATAN....




Buat Insan Bergelar Sahabat

Apabila kau ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya. ...

Andai kau ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya...
Andai kau inginkan sahabat,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya...

Andai kau inginkan seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin akan menyalahkannya...

Andai kau ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa...

Jangan mengharapkan kesempurnaan,
Kerana kau juga tidak sempurna,
Tiada siapa pun yang sempurna...
Tapi bersahabatlah kerana Allah..