Wednesday, October 21, 2009

BACALAH NIE...



Hari kerja utk si pemalas adalah esok dan hari bersuka rianya hari ini. Esoklah, boleh buat. Hari ni rileklah. Besok boleh buat apa. Biasa mcm tu? Kalau biasa, menunjukkan anda si pemalas itulah. Ampun maaf, nak buat mcm mn, dah mmg betul, terang lagi bersuluh. Kita cuma tolong sebut saja.

Betul apa. Cuba fikir, org yg malas mmg kerjanya asyik bertangguh. Asyik cari alasan dan buat alasan. Buatnya tidak. Hari ni dia rasa rilek, dia rasa selesa, dia rasa happy, dia rasa best, dia rasa okeylah, dia rasa tak payah berusaha keras sbb hari ini adalah hari bersuka rianya.

Ramai org mengadu kat sy tak cukup masa. Byk kerja, tak cukup tangan. Bila sy tanya apa kerja awk? Pekerja Idustri. Berapa jam bekerja? 8 jam sehari. Ada lagi 16 jam. Buat apa lg 16 jam? Ha'a ya. Ada 16 jam lg, aku buat apa? Baru sedar yg dikatakan sibuk sesangat tu rupanya byk masa yg terluang.

Ada juga org mengadu kata dia, "Dr., mcm mn nak manage waktu. Sy rasa mmg mcm tak cukup masa." Bila sy tanya apa kerjanya? Dia kata dia seorang pelajar di Universiti.

Di universiti lg byk masa, sbb subjek makin sikit. Kalau di sekolah ada 16 subjek nak kena belajar, mmglah logik kalau sibuk, tp kat IPT bkn nak kena belajar 16 subjek lg, belajar ikut bidang. Kadang2 dua tiga subjek je. Apayg sibuknya.

Lagipun, hanya belajar. Bukan kena gali parit ke, kena sapu sampah ke, kena cari duit ke, tak...hanya belajar dan belajar, dan kadang2 bermain, beriadah, bersukan. Itu je, apa ke susah sampai tak cukup masa?

Sebenarnya bukan tak cukup masa tapi tak guna sepenuh masa. Byk risau tak tentu pasal, gn masa maksimum utk kerja minimum, byk relaks dari berusaha. Itulah sebenarnya. Sbb apa sy berani kata begitu, sbb realitinya setiap manusia kat muka bumi ni ada 24 jam tiap seorang. Tak ada seorg pun dpt 25 jam atau 24 jam 30 minit. Tak ada, semua org 24 jam, tak lebih tak kurang.

Habis kenapa org lain boleh menceracak buat mcm2 kerja lalu dpt mcm2 hasil? Kenapa awk buat satu kerja lalu dapat satu hasil tp mengeluh dan mengadu tak cukup masa. Buat satu kerja tak cukup masa ke ?.

(Di petik drp buku "Jangan Main-Main")

No comments:

Post a Comment