Wednesday, July 29, 2009

ISU: PENCEMARAN BAHASA....

Wujudkah Pencemaran Bahasa...???

Isu pencemaran bahasa telah hangat diperkatakan sekarang iaitu timbulnya bahasa rojak. Bahasa rojak membawa maksud pencampuran pelbagai bahasa dalam satu pertuturan. Bahasa rojak ini digunakan secara meluas terutama dalam kalangan remaja bandar Malaysia, yang sekaligus membimbangkan orang dewasa tentang penggunaan terhadap bahasa Melayu tersebut.

Kita lihat sekarang....dari sudut masyarakat....ramai antara masyarakat menggunakan bahasa yang bercampur...misalnya, apabila kita berbual dengan orang bukan Islam....kita akan membiasakan diri kita menggunakan bahasa yang bercampur....

Contohnya:-
- Eh...you nak pegi ke tak petang ni Catherine....

Selain itu, pencemaran bahasa juga wujud disebabkan oleh faktor persekitaran kita yang menyebabkan kita memcampuradukkan bahasa kita....Misalnya apabila berlaku urus niaga antara penjual cina dan pembeli Melayu akan wujud pencemaran bahasa....Hal ini kerana kita sendiri sebagai orang Melayu...turut mencemarkan bahasa kita sendiri.

Contohnya:-
-Tauke...ini barang brapa ringgit...(pembeli)
-Rm 10...saja...(penjual)
-Tauke...ini barang lu kasi kolang la sikit...(pembeli)
-Tak bole ma...ini barang sudah kasi morah la...(penjual)

Berdasarkan contoh perbualan di atas telah wujud pencemaran bahasa iaitu terdapat pencampuran bahasa antara bahasa Melayu dan Bahasa Cina...seperti penggunaan lu, ma.

Selain itu, kita boleh lihat kepada penggunaan istilah seperti sure heboh iaitu merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh TV3. Hal ini turut mencemar bahasa kerana perkataan sure itu adalah daripada bahasa Inggeris.

Dimanakah Hilangnya...??? Jati diri Melayu itu..." Bahasa Jiwa Bangsa"...hanya indah khabar dari rupa...kita sendiri yang mencemarkan bahasa kita sendiri....sehingga sekarang pekara yang lagi menseriuskan lagi adalah berkaitan kewujudan atau timbulnya bahasa slanga pula...Slanga ini hanya digunakan oleh golongan tertentu sahaja...Misalnya sekarang telah wujud slanga dalam kalangan pelajar sekolah, golongan rempit, mak nyah dan sebagainya...Kewujudan slanga ini juga merupakan salah satu faktor kepada wujudnya pencemaran bahasa...

Jadi...Apakah tindakan kita...???...

No comments:

Post a Comment